Pengikut

Kanak-kanak melintas kena langgar

Video kanak-kanak melintas kena langgar jadi viral

RAKAMAN video seorang kanak-kanak dilanggar dan terpelanting semasa melintas menjadi viral hari ini selepas dimuatnaik ke laman Facebook Friends of PDRM, semalam.

"Video kanak-kanak dilanggar kerana melintas secara melulu. Siapa tak kuat semangat jangan tekan play ya. Adakah pemandu kereta ni juga patut dipersalahkan?," tulisan pada kapsyen video tersebut.

Dalam video berkenaan, dua orang kanak-kanak dilihat melintas jalan dan salah seorang daripada mereka cuba berlari ke seberang.

Nasib tidak menyebelahi kanak-kanak tersebut apabila sebuah kereta yang dipasang kamera 'dashcam' terlanggar mangsa.

Berdasarkan 'timestamp' rakaman, kejadian tersebut berlaku pada 24 November lepas di Jalan Permatang Pauh di Pulau Pinang.

Seorang pelayar pula berkongsi gambar kanak-kanak tersebut diberikan rawatan kecemasan oleh petugas perubatan dan tidak mengalami kecederaan serius.

Walau bagaimanapun, perkongsian video tersebut menarik kritikan majoriti pelayar yang menyifatkan kedua-dua pihak (mangsa dan pemandu kereta) cuai.

"Moral of this incident - semua pemandu dan penunggang hati-hati. Mak bapak sila pantau anak anda supaya mereka betul-betul faham erti keselamatan," kata Zul.

"Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dalam kes ni... Tak kira pejalan kaki atau yang bawa kereta. Dua-dua pun salah. Adik tu salah sebab melintas secara melulu dan pemandu tu pun salah sebab setahu saya bila ada garisan-garisan kuning di jalan raya maknanya sila perlahankan kenderaan anda sebab tu kawasan melintas," kata Diwand.
Previous
Next Post »