Pengikut

GUNA PISTOL TEMBAK CICAK | DALAM KERETA BANYAK CICAK RUPANYA.....




Kuala Lumpur: "Yang penting, saya dibebaskan selepas polis percaya dan berpuas hati dengan keterangan saya.

"Biarlah saya berehat kerana nanti cerita yang keluar di sana sini tak seimbang. Biarlah ia sejuk dahulu," kata bekas vokalis kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad Yusuf atau Amir, 46 yang ditahan polis 1.45 pagi semalam kerana memiliki pistol tiruan di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, 5 petang semalam.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan peserta Gegar Vaganza itu ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut dan mengakui segala-galanya kembali okay sekarang.

Katanya, tumpuannya kini adalah meneruskan latihan untuk minggu kedua Gegar Vaganza.

Amir akan menyampaikan lagu Antara Hujan Dan Airmata nyanyian asal Sudirman Hj Arshad pada Ahad ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan Amir dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, Amir dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya," katanya.

Difahamkan, selepas ditahan, Amir memberi alasan pistol berkenaan digunakan untuk menembak cicak.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87022#sthash.eEQqxJWu.dpuf
Previous
Next Post »