Rabu, 1 Julai 2015

KES DERA : Yaya semakin pulih


Kota Bharu: Keadaan bahagian perut kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai mangsa dera ibu tiri semakin pulih selepas menjalani pembedahan usus dan dijangka pulang menjelang Aidilfitri ini.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kanak-kanak itu sudah boleh diberi minum dan akan diberi makan dalam masa terdekat.

"Kami mengandaikan mangsa tidak mempunyai komplikasi di bahagian usus selepas menjalani pembedahan Isnin lalu dan akan cepat pulih berbanding kecederaan lain.

"Kanak-kanak itu mungkin akan dibenarkan pulang ke rumah sebelum Aidilfitri ini," katanya pada sidang media di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mangsa mengalami kecederaan teruk dipercayai didera ibu tiri sejak enam bulan lalu.

Mangsa mengalami patah 13 tulang dan luka di seluruh badan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...