Isnin, 15 Jun 2015

Chilok juara Bintang Bersama Bintang






Shah Alam: Kumpulan Chilok, muncul juara program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) 2015 selepas menewaskan tiga finalis lain pada peringkat akhir yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Chilok yang dianggotai Chiwan dan Achok membawa pulang wang tunai RM50,000.

Sepanjang sembilan minggu bersiaran, Chilok hanya menang sekali berbanding peserta lain dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Program yang disiarkan secara langsung di TV3 itu menampilkan pasangan pengacara Yana Samsuddin dan AG.

Kesemua finalis diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Seri Vida, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ajai.

Format pemarkahan adalah 50 peratus daripada juri, 30 peratus menerusi undian penonton dan 20 peratus daripada juri awam.

Selain Chilok tiga peserta lain yang berentap ialah Titan, Bocik dan Achey.

Achey diumum pemenang bagi kategori sketsa promosi produk Vida Beauty yang dimuat naik ke laman Youtube dan melayakkannya membawa pulang wang berjumlah RM5,000.

Manakala Titan mendapat tempat kedua dalam kategori sama dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.

Kedua-dua pemenang dipilih pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57797#sthash.8JhWAbhM.dpuf

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...