Rabu, 26 Mac 2014

Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar ketika di udara

SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Wong Y.Y berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

gambar dari lama sosial Faiz Subri
Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 26, 2014 12:00 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-malindo-air-mendarat-cemas-enjin-terbakar-ketika-di-udara-32564?cp

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...