Sabtu, 1 Januari 2011

Rahsia Menjadi Penjaga Gol Yang Cemerlang | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, selamat tahun baru... aku dah sambut masa tahun Baru Hijrah hari tu... Alhamdulillah, tirai 2010 dah pun berlabuh. tirai 2011 sudah pun dibuka. Kalau nak dieritakan apa yang berlaku dalam setahun yang lepas, macam-macam .. berjurnal-jurnal nak tulis semua tu.

Apa yang pasti kita telah menjalani satu kitaran hidup yang semua orang lalui iaitu "kehidupan". Yer " kehidupan" yang ada pasang surutnya yang ada turun naiknya. Hidup kita sebenarnya saling memerlukan. Kita perlukan teman setia, kawan di sekeliling kita dan jurnal macam blog nie.

Begitu juga bolasepak, penjaga gol yang beraksi dengan baik kena bergantung pada pertahanan yang sangat baik. Pertahanan yang menutup segala ruang yang terhidang untuk pihak lawan menghasilkan gol. Tetapi jika pertahanan sebuah pasukan mula longgar, peluang akan terhidang dan akan memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk menghasilkan gol. Percaya tak? kalau tak percaya tanya oarang yang pandai main bola.. mesti dia sokong kenyataan nie. Cemerlang atau tidak pasukan lah kekuatanya.  Aku? aku nie dah pencen main bola ..huhuhu...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...