Isnin, 24 Januari 2011

Aku Dan Blog | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, mengenali rakan blogger yang fikiran mereka di penuhi idea dan pelbagai cetusan idea yang dihasilkan untuk di nukilkan memberi inspirasi buat aku. Betukar-tukar pendapat dan pandangan juga memberi kritikan dengan gaya sopan dan berbudi bahasa membuatkan aku cuba sentiasa ingin memperbaiki gaya penuliasan untuk di sampaikan buat rakan blogger juga pembaca yang berkunjung di dalam jurnal maya catitan SHAHAZRIN.COM.

Shahazrin ialah nama sebenar aku, malas nak berselindung kerana tiada apa yang perlu aku takutkan. Permulaan berblog aku tak tahu nama apa yang sesuai untuk aku namakan blog ini. KBSM, Segalnya Mungkin... pening owh pening..... untuk menepati ciri-ciri nama yang mudah untuk blog ini dikenali ramai memang susah. Bila kita pilih sesuatu nama untuk blog mungkin dah ada nama blog yang kita pilih diguna pakai oleh blogger lain. Jadi, aku ambil keputusan muktamad, biar aku jadi diri aku jer senang. Nama blog nama aku. Gaya dan cara penulisan  serta  penyampaian ikut citarasa aku. Dan hasilnya inilah diri aku yang sebenar. Senangkan..

Apapun, menulis blog pada asalnya hanya suka-suka dah jadi hobi dan bertukar kepada minat sampai jadi rutin harian untuk menaip dan menulis apa sahaja yang terlintas dihati. Mengenali blogger-blogger yang sama-sama menjadi pencatit dalam JURNAL MAYA nie sungguh menyeronokkan. Blogger ini  mempunyai pelbagai idea dan juga mejadi pencetus idea untuk kita mengolah idea untuk dihasilkan dan diterbitkan dalam blog masing-masing.

Memilih perkataan JURNAL MAYA sebagai pengganti nama "BLOG" lebih memuaskan hati dan gaya penulisan aku. Aku ingin membuat catatan @ entri  bertujuan untuk mengabadikan idea dan penulisan aku dalam Jurnal Maya ini. Untuk blogger yang baru, selamat berblog pesan aku kalau boleh ikut jer cara kita sendiri dalam berblog kerana ianya lebih mudah. Selamat berblog.

2 ulasan:

  1. skrg ni berblog dh xde originality.. kekekeke. masing2 cr apa benda yg mmpu menjana income jer.. so x kira la tiru idea org lain or copy paste artikel..

    BalasPadam
  2. Suka pada ungkapan "Jadi, aku ambil keputusan muktamad, biar aku jadi diri aku jer senang. Nama blog nama aku. Gaya dan cara penulisan serta penyampaian ikut citarasa aku. Dan hasilnya inilah diri aku yang sebenar. Senangkan.."

    Memang itu sepatutnya. Saya baru mula menulis topik yang saya suka, jurnal saya ..cerita benar dan ikhlas dari hati.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...