Isnin, 27 Disember 2010

Maut berbasikal

2 remaja maut konvoi berbasikal

2010/12/27

MUAR: Dua remaja maut, manakala seorang lagi parah selepas basikal yang mereka bonceng bersama sekumpulan enam remaja lain dirempuh sebuah van, dalam kejadian di Jalan Muar-Batu Pahat, dekat Sungai Gersik, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kumpulan remaja berbasikal itu dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Taman Tema Wet World Batu Pahat.


Mohd Sufi Johari, 15, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Amirul Nizam Awang Nudin, 17, disahkan meninggal dunia beberapa jam ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...