Jumaat, 31 Disember 2010

Awek KF Buat BlogAku HOT !! | SHAHAZRIN.COM

Salam semua... hot betul cerita awek tsufahmi tsunami nie, blog aku terkejut terima trafik dari pengunjung. Entri yang aku buat masa tu dalam pukul 2 pagi semalam memeranjatkan peminat-peminat KF nie..



meletop... 
Tapi kejayaan pasukan negara menjuari Piala Suzuki betul-betul membanggakan rakyat Malaysia. Nie ada lagi cerita pasal khairul fahmi buat tatapan semua. Kertan akhbar yang di petik dari Berita Harian Online



Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia 
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31

FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.
FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.
KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin.

“Saya masih ingat apa coach kata - “Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri.” Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu.


Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad.
Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia.

“Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara,” kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya.

“Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara.”

Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat. 
“Saya harap kejayaan ini tidak berhenti setakat ini. Masih banyak kejohanan yang perlu diharungi dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Ini baru permulaannya,” kata Fahmi. 

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...