Jumaat, 22 Oktober 2010

Dimanakah kita...... ( Where are we ???? )

sumber inertz.com

Kes.


Satu operasi membenteras gejala ponteng telah dijalankan oleh pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan beberapa NGO telah dijalankan di beberapa buah Cyber Café di sekitar Selangor. Beberapa situasi telah dapat di lihat dalam operasi ini melibatkan para pelajar. Ada pelajar yang masih memakai seragam sekolah, ada yang separuh seragam sekolah dan ada yang langsung tidak ke sekolah.

……………………………………………………………………………………………………………………

Arahan ketua operasi hubungi Sekolah dan ibu bapa…

……………………………………………………………………………………………………………………
Situasi 1.

Pelajar 1 : tolong la pakcik….. jangan telefon ayah saya, saya takut. Ini kali pertama saya ponteng sekolah. Saya ikut kawan saya je. Jangan la pakcik.. tolong la jangan telefon ayah saya dia garang…. Nanti saya kene pukul



Situasi 2.

Pelajar 2 : ( diam )

Polis : Maafkan saya puan anak puan telah ditahan kerana ponteng sekolah dan lepak di Cybercafe…. Bla.. bla.. bla…

Ibu pelajar 2 : Iskh takkan lah.. anak saya kesokalah.. dia keluar rumah pagi-pagi pergi sekolah. Saya tak percaya la encik… saya bagi dia sarapan, saya yang siapkan baju sekolah lepas dia sembahyang subuh pagi tadi. Anak saya baik walaupun tak pandai. Depan saya pijak semut pun tak mati. Saya tak percaya anak saya buat semua tu…

Polis : Kalau puan inginkan kepastian puan boleh dating ke Cybercafe ………. Lagi satu puan kita jumpa rokok dalam beg dia, dan dia mengaku dia hisap rokok sejak tingkatan 2… ( sekarang tingkatan 4)

Ibu pelajar 2 : erk……


Situasi 3.


Polis : Saya akan telefon ibu bapa awak. Bagi no telefon…

Pelajar 3: telefon la… saya tak kisah…

Polis : Maafkan saya puan anak puan telah ditahan kerana ponteng sekolah dan lepak di Cybercafe…. Bla.. bla.. bla…

Ibu pelajar 3: Owh yer ker… takpa la…. Encik lepaskan lah dia, saya tak kisah.. dia bukan lakukan kesalahan jenayah pun kan?????

Polis : kami jumpa rokok pada anak puan..

Ibu pelajar 3 : owh yang tu pun saya dah tau dah…. Takpa la.. dia dah besar

Polis: erk ?????



......................................................................................................................................................

Erm… bukannya takda perkara macamnie terjadi sekarang kan???? Kalau kita kat mana situasi kita sebagai ibu bapa???
Pikir-pikirkan lah…..





0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...