Selasa, 19 Oktober 2010

Bila Tinggal Seorang..Sunyinya..

Bila tinggal seorang…sunyikan?? Erm.. nak lagi bila tak dengar suara anak yang berlari kehulu kehilir, dengan hilai tawa dengan memek muka yang membuatkan kita turut sama bergembira dan senyum. Nak lagi bila kita penat selepas balik dari kerja. Bila buka pintu anak dah senyum dan memanggil “ abah… “


Sebenarnya aku baru balik dari kampong, anak-anak dan isteri tercinta tinggal kat sana. Nak suruh stay lama sikit untuk bermain dengan makcik2 dan pakcik2 serta atuk n wan. Kesian lama tak balik anak2 dah bosan lama sangat duk kat rumah n tak pergi mana2.

Tapi aku pulak yang merasa sunyi, mana taknya memang selalunya anak-anaklah penyeri hidup nie. Penat macam mana pun bekerja hilang macam tu jer bila tengok anak-anak senyum ketawa. Anak aku yang sulung aku panggil “kakak”. Bila buka pintu baru balik kerja, berlari-lari nak jumpa abah dia dengan muka comel dia.. Abah… muuaah… cium pipi aku. Bila duduk nak buka stoking kakak pun rajin la nak buka. ( jangan risau stoking abah tak ada bau sebab umi cuci hari-hari  ) . Adik pulak bila dengar aku panggil “adik…..” mula la matanya yang berusia 3 bulan ++ melilau mencari suara aku. Maklumlah suara aku antara suara lunak pertama yang dia dengar bila dia mula-mula dilahirkan… seronok.. happy… betul, memang hilang penat kita kan… kita boleh tersenyum.. hati rasa sangat tersentuh bila lihat gelagat kakak.. terharu, comel …. Bijak…

Rindunya kat anak-anak ( kat wife pun rindu ), takpa besok abah habis kerja, abah balik kampung jumpa akak n adik. Insyallah…

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...