Ahad, 5 September 2010

KPN beri amaran jangan bermain api

UTUSAN MALAYSIA 05 SEPT 2010

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab di negara ini supaya tidak bermain api dengan menyiarkan komen yang menyentuh sensiviti agama dan kaum lain melalui Internet.
Beliau berkata, perbuatan menghina agama atau kaum lain menggunakan apa sahaja medium termasuk laman sosial Facebook adalah kesalahan serius kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan.
Justeru, tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut demi menjaga keselamatan rakyat dan negara.
"Sejak merdeka, rakyat berbilang kaum di Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
"Kenapa sekarang boleh timbul ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja memecah-belahkan perpaduan yang sudah lama terjalin ini? Jangan bermain api kerana kesannya amat buruk," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Gerakan Prihatin Putrajaya (Gempur) tentang kewujudan akaun Facebook yang menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat.
Semalam, Gempur membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap akaun itu yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian.
Presiden Gempur, Mohd. Hisamudin Yahya berkata, walaupun akaun itu telah ditutup tetapi terdapat blog lain yang memuatkan keratan komen daripada Facebook berkenaan.
Menurutnya, komen-komen tersebut tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif dan berniat untuk menghasut bagi menimbulkan kemarahan umat Islam dan Melayu

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...