Isnin, 6 September 2010

Cuti Raya.. cuti raya.. cuti raya.. erm....

Assalamualaikum semua ....
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf  Zahir dan Batin.

Malam tadi masa time rehat-rehat sebelum tidur, saya di maklumkan bahawa saya diarahkan untuk bertugas pada pagi raya... sedih.... tapi tetap kene akur. 

Masuk taun nie dah dua tahun kene kerja masa raya. Tahun depan Insyallah giliran saya pulak kot...

Apa yang beza pada tahun nie ialah raya dengan Isteri tercinta n anak yang baru nak masuk dua bulan.
tiap tahun memang berbeza bagi saya. 

Tahun 2007 - Masih bujang dan beraya dengan family.
Tahun 2008 - Dah berkahwin dan beraya dengan isteri
Tahun 2009 - Beraya dengan isteri dan anak sulung abah yang comel
Tahun 2010 - Beraya dengan isteri, anak sulung abah yang pandai dan baby baru yang cute.


dan yang uniknya... (hahaha)


Tahun 2007 - Bayar Zakat untuk seorang
Tahun 2008 - Bayar Zakat untuk dua orang
Tahun 2009 - Bayar Zakat untuk tiga orang
Tahun 2010 - Bayar Zakat untuk empat orang

Masa nak bayar zakat hari tu, Ustaz tu tanya " Nak bayar untuk berapa? "....   ~ " erk..... "
Saya pusing belakang saya tengok isteri dan dua puteri abah yang comel.. 
" Nak bayar untuk empat orang Ustaz " sambil senyum....

Alhamdulillah atas nikmat dan kebahagian yang ALLAH kurniakan, tak dapat beraya pun takpa, Insyallah tahun depan ada lagi...

~ enjoy ~

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...