Ahad, 19 September 2010

5 Tips Lambakan Buffered Earnings Nuffnang Untuk Trafik Rendah

Sumber: Lakaran kehidupan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdu Lillah, bulan Syawal kali ini penuh bermakna. Satu sebab dah tamat pengajian, yang ke-2 pasal blog LK ni. Terkezut juga sebab dapat 5 buffered earnings nuffnang yang tengah aktif sekarang!

Blog LK ni pun takde la berlaku letupan trafik. Kalau tak, lama dah followers tu jejak 1000++. Sejak terlibat dengan aktiviti Geng Blogger (nape site GB dah tak leh masuk?), beriya-iya la nak selami ilmu sbgi nuffnangers ni. Felik tengok blogger buat entri je, tapi leh dapat earnings ratus2an, siap leh bayar bil air, api, astro, dll.

Setuju kalau saya katakan, nak dapat pulangan sebegitu, perlukan trafik yang tinggi (nak tau sebab ape? klik sini). Tapi bagaimana pula dengan blog yang mempunyai jumlah trafik yang rendah seperti blog LK ni?

Dalam nuffnang, ada beberapa campaign termasuklah buffered earnings, metered earnings dan cost per click (cpc). Nak explain, tak pandai sangat, tapi senang cakap, buffered earnings lagi masyuk dari lain2 campaign. Iklan akan dipamerkan setiap masa di dalam blog korang. Kalau sebulan, 24/7 30 hari la dia keluar. Tapi ade juga orang cakap, kadang2 segan nak kluar.

Ok, straight to the point! Kat bawah ni 5 tips simple dan wajib korang buat (terutamanya yang trafik rendah) kalau nak tingkatkan possibility advertiser pilih blog korang utk run buffered earnings:

 Refer gambar di atas sebagai rujukan.

1. Dapatkan Glitterati Status


Glitterati status (exclusive members) banyak kelebihannya terutamanya dari segi CPC. CPC lagi tinggi daripada non-glitterati. Camne nak dapat? Senang je. Jangan letak sebarang iklan kecuali nuffnang punye iklan. Secara automatik, nuffnang akan set kan status akaun korang sebagai Glitterati. 

Kalau dah letak iklan nuffnang je, tunggu la 2-3 hari. Kadang2 sehari je dah memadai untuk dapatkan status Glitterati. Agak2 lambat sangat, tanya je pada helpdesk nuffnang, sangat bagus respon dan servis yang diberikan.

2. Kemaskini Profile Survey (Dashboard - Edit Survey)
Survey ni ibarat tiket untuk korang jaja kelebihan dan keunikan yang takda pada orang lain, tapi ada kat korang. Bagi student IPT, senang cakap, ini ibarat exam transcript korang. Lagi bagus "results" korang, lagi senang la advertiser nak pick korang.

3. Kemaskini Blog survey (Dashboard - Blog Manager - Update survey)


Dalam survey ni, pastikan advertiser faham, jelas, terang lagi bersuluh mengenai blog korang. Yela, xkan nak beli ikan sungai gi Plaza Lowyat kot. Be precise on what your blog is all about!

4. Ubah Kedudukan Iklan

Tips ni sememangnya banyak bt perubahan dalam blog LK ni. Ada skali tu, ubah cket kedudukan leaderboard ads, terus dapat buffered earnings beberapa hari lepas tu. Pastikan kedudukannya mudah untuk dilihat, tidak berterabur dan tersusun.

5. Elakkan Blog Bersawang!


Yang ni ramai yang cepat kantoi. Kata orang, kalau ada minat, kesenangan tu akan datang dengan sendirinya. Buat blog kerana minat, dun worry, blog korang tidak akan bersawang. Mesti ada saja idea2 baru untuk di share dalam blog. Blog yang sentiasa dikemaskini akan lebih menarik perhatian pihak advertiser.

+++

Eum, sebenarnya banyak lagi tips2 yang boleh korang cuba. Cuma ini yang senang, cepat dan mudah untuk dicuba terutamanya yang mempunyai nilai trafik yang rendah. Dan peringatan sekali lagi, ini bukannya tips untuk jadi kaya dengan nuffnang. Tips ini sekadar mencerahkan peluang anda untuk mendapatkan buffered earnings. Trafik semestinya on top of the list, trafik tinggi, pulangannya pun mesti tinggi! Hehe.
This entry was posted in

3 ulasan:

  1. owh.. bestnya. banyak metered earning :D

    BalasPadam
  2. wah bagus tips ni.. aku punya pon dah sebulan tidor ni..BEnya

    BalasPadam
  3. tips yang bagus...tenkue..

    saya dah jadi follower awak yang ke 11 jemput ke sinar raudah ye dan follow saya juga...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...